Latihan
Tatabahasa Kata Hubung
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk
mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1 Guru itu sering dipuji ___________
rajin bekerja.
A atau
B jika
C agar
D kerana
2 Haji Shahrul Anuar bukan sahaja
pemurah ___________ baik hati.
A dan
B tetapi
C manakala
D walaupun
3 Rumainah bersorak terlalu kuat
___________ suaranya serak.
A hingga
B tatkala
C setelah
D supaya
4 Pencuri memasuki rumah itu
__________ penghuninya sedang tidur nyenyak.
A agar
B ketika
C hingga
D setelah
5 Encik Azmeer akan menghadiri
mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu
hadapan ___________ bulan hadapan?
A dan
B lalu
C atau
D maka
Latihan
Tatabahasa Kata Kerja
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Amir
________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A merintih
B mengeluh
C mengenang
D mengerang
2 Badan
Nabilah__________kerana ketakutan.
A menggeliat
B menggeletar
C menggelupur
D menggelepar
3 Pengemis itu
___________oleh pekerja restoran tersebut.
A dihalang
B dibuang
C dihalau
D ditindas
4 Mak Cik Hasnah sedang
___________bawang di dapur.
A menumbuk
B mengetuk
C memukul
D memalu
No comments:
Post a Comment