5.0 SOALAN OBJEKTIF
SOALAN TAHUN 6
Soalan 1 – Aras Pengetahuan
1. Kedua-dua ekor __________ jantan itu telah dikurung di dalam reban.
A. ayam
B. lembu
C. kerbau
D. kambing
Soalan 2 – Aras Kefahaman
2. Encik Amir Hamzah merupakan seorang guru . _______________ telah bertugas di SK Kuala Dipang selama sepuluh tahun.
A. Beliau
B. Dia
C. Ia
D. Mereka
Soalan 3 – Aras Aplikasi
3. Semua teguran dan nasihat yang diberikan oleh Cikgu Megat kepada murid-muridnya__________ kerana semua nasihatnya tidak mereka endahkan.
A. bagai kambing dihalau ke air
B. bagai mencurah air ke daun keladi
C.bagai melepas batuk di tangga
D. bagai haruan makan anak
Soalan 4 – Aras Analisis
Soalan 4 berdasarkan Gambar 2
Gambar 2
4. Puan Aminah ______________________para tetamunya pelbagai hidangan
yang lazat pada majlis Hari Lahir anak lelakinya.
A menghidang
B menghidangi
C menghidangkan
D dihidangkan
Soalan 5 – Aras Sintesis
5. Susun semula penyataan di bawah supaya menjadi cerita yang sesuai.
i. Semua haiwan tidak tahan lagi dengan kerenah singa.
ii. Akhirnya singa itu telah berjaya diperangkap.
iii. Setiap hari, seekor binatang akan dijadikan korban untuk singa itu.
iv. Pada suatu masa dahulu, ada seekor singa jahat tinggal di dalam hutan.
A. ii, i, iii , dan iv
B. ii, iv, i dan iii
C. iv, i, ii, dan iii
D. iv, iii, i dan ii
Soalan 6 – Aras Penilaian
6. Pilih ayat-ayat yang betul
I Tarian tradisional itu telah dipersembahkan di hadapan ribuan penonton.
II Zamani sedang belajar urusan seni halus di University of London.
III Kedua adiknya itu mempunyai hobi yang sama.
IV Mereka yang tinggal di kawasan pedalaman akan diberi bantuan.
A I dan II sahaja.
B II dan III sahaja.
C I ,dan IV sahaja
D III dan IV sahaja.
Soalan 7 – Aras Pengetahuan
7. Apakah nama ibu negeri Pahang?
A. Melaka
B Kedah
C Kuantan
D Perlis
Soalan 8 – Aras Kefahaman
8. _________________ keunikan Taman Wetland yang terletak di Putrjaya.
A Di manakah
B Apakah
C Bagaimanakah
D Mengapakah
Soalan 9 – Aras Aplikasi
9. Orang yang pandai tidak akan menjadi bodoh jika dia berdiam diri seperti ___________
A alah bisa tegal biasa.
B marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
C ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
D gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah.
Soalan 10 – Aras Analisis
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah
10.Sejak bilakah Mak Cik Salamah mula belajar menenun songket.
A. Mak Cik mula menenun songket pada waktu pagi
B. Mak Cik Salamah belajar menenun songket setiap pagi.
C. Seingat mak cik, ketika mak cik masih kecil lagi
D. Mak cik belajar menenun songket daripada ibu makcik.
Soalan 11 – Aras Sintesis
11. Nenek sedang menganyam tikar mengkuang di ruang tamu rumahnya.
A. Tikar mengkuang sedang dianyam oleh nenek di ruang tamu rumahnya.
B. Tikar mengkuangnya sedang nenek anyam di ruang tamu rumahnya.
C. Tikar mengkuang nenek sedang dianyam olehnya di ruang tamu.
D. Tikar mengkuang di ruang tamunya sedang nenek anyam.
Soalan 12 – Aras Penilaian
Pilih ayat yang betul.
12.A Kasut ini agak lega dengan Jasnita.
B. Murid-murid itu berdiri lurus apabila menyanyikan lagu
"Negaraku".
C. Apabila langit putih, barulah pendaki itu memulakan pendakian.
D. Kata-kata Kamal yang kesat itu telah menyakiti hati ibunya.
Soalan 13 – Aras Pengetahuan
13 Siapakah angkasawan pertama Malaysia?
A. Datuk Sheik Muzaffar
B. Datuk Eizlan Yusof
C. Datuk Mohammad Faiz
D. Datuk Ahmad Idham
Soalan 14 – Aras Kefahaman
14.Kakak membuang selumbar yang _________________ pada tapak tangan adik.
A terodok
B tertikam
C tertusuk
D tertanam
Soalan 15 – Aras Aplikasi
15. Mengapakah kemerdekaan negara harus dipelihara?
A. Memastikan pembangunan negara berterusan.
B. Menyatupadukan rakyat pelbagai bangsa.
C. Tiada lagi penjajahan dari Negara luar.
D. Memelihara imej negara di peringkat antarabangsa.
Soalan 16 – Aras Analisis
16. Semua kata ganda di bawah mempunyai aspek makna yang sama
kecuali
A. labi-labi.
B. rama-rama.
C. kuda-kuda.
D. kura-kura.
Soalan 17– Aras Sintesis
17. Pelaksanaan Program Kecemerlangan ini dijalankan mengikut susunan berikut:
A. mesyuarat ahli jawatankuasa – perjumpaan ibu bapa – program motivasi –
teknik menjawab soalan peperiksaan
B. mesyuarat ahli jawatankuasa – program motivasi – perjumpaan ibu bapa –
teknik menjawab soalan.
C. perjumpaan ibu bapa – mesyuarat ahli jawatankuasa – teknik menjawab
soalan – program motivasi
D perjumpaan ibu bapa – mesyuarat ahli jawatankuasa – program motivasi
– teknik menjawab soalan
Soalan 18 – Aras Penilaian
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
18. I Nurhana meraut buluh untuk membuat layang-layang.
II Asyikin meraut lidi di belakang rumah.
III Puspa meraut wajahnya yang kerisauan.
IV John meraut banyak keuntungan hasil daripada pelaburan.
A I dan IV sahaja.
B II dan IV sahaja.
C I, II dan III sahaja
D I, II, dan IV.
Soalan 19 – Aras Pengetahuan
19. Senaraikan makanan yang mengandungi karbohidrat
A. sayur, buah-buahan dan susu
B. nasi, roti dan tepung gandum
C. ikan, ketam, dan ubi keledek
D. daging, ikan dan mi goreng
Soalan 20 – Aras Kefahaman
20. Pendaki gunung itu menggunakan dua _______________ kuali untuk menggoreng ayam.
A biji
B buah
C bentuk
D butir
Soalan 21 – Aras Aplikasi
21. Kehidupan keluarga itu sangat daif. ___________________ si ayah terpaksa
membanting tulang untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
A. Namun begitu
B. Sungguhpun demikian
C. Oleh yang demikian
D. Dengan ini
Soalan 22 – Aras Analisis
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang telah diberikan.
22. Azhar menyatakan bahawa dia tidak tahu akan tarikh kepulangan ayahnya
dari Kelatan apabila ditanya oleh pak ciknya.
A “Maafkan saya, pak cik. Ayah saya belum pulang lagi," kata Azhar
kepada pak ciknnya.
B. "Saya tidak tahu akan tarikh kepulangan ayah dari Kelantan," kata Azhar
kepada pak ciknya.
C "Ayah saya belum pulang dari Kelantan, pak cik," kata Azhar.
D. "Ayah dan pak cik saya belum pulang dari Kelantan," kata Azhar.
Soalan 23 – Aras Sintesis
23. Minggu Bahasa Melayu yang dijalankan di sesebuah sekolah banyak member i
manfaat kepada murid-murid. Senaraikan kebaikan-kebaikan tersebut.
A. Murid-murid dapat menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan di rumah.
B. Murid-murid dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dan pemahaman mereka terhadap pengajaran Bahasa Melayu.
C. Murid-murid dapat menyertai pertandingan-pertandingan drama yang dianjurkan oleh pihak kementerian.
D. Murid-murid dapat berbual dengan sesiapa sahaja dan di mana-mana jua tanpa perasaan rendah diri.
Soalan 24 – Aras Penilaian
24. Masalah sosial para remaja dewasa ini semakin meruncing .
Apakah bukti yang dapat kita kaitkan dengan penyataan ini.
A. Para remaja banyak terlibat dengan masalah pembuangan bayi penyalahgunaan dadah,merempit, melepak, dan sebagainya.
B. Para remaja menggemari aktiviti muzik dan menyertai pelbagai
pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh stesen televisyen.
C. Para remaja tidak mahu meneruskan persekolahan selepas Tingkatan Lima
dan memilih untuk bekerja.
D. Pihak kerajaan tidak mengambil tindakan yang tegas terhadap remaja
yang bermasalah.
Soalan 25 – Aras Pengetahuan
25. Bilakah Negara kita mencapai kemerdekaan?
A. 31 Ogos 1957
B. 31 Ogos 1967
C. 31 Ogos 1977
D. 31 Ogos 1987
Soalan 26 – Aras Kefahaman
26. Majlis Anugerah Kecemerlangan itu berjalan lancar mengikut _____________ yang telah ditetapkan.
A. tatasusila
B. tatatertib
C. tatacara
D. tatarias
Soalan 27 – Aras Aplikasi
27. ”Kamu tidak boleh membuat tuduhan secara ____________ tanpa sebarang bukti yang kukuh. ” kata Munir kepada Radzi.
A. bidan terjun
B. khabar angin
C. serkap jarang
D. rambang mata
Soalan 28 – Aras Analisis
28. Mengapakah warisan seni dan budaya harus terus dipelihara?
A. Menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negara kita.
B. Mendapatkan pendapatan yang lumayan kepada penduduk di luar Bandar.
C. Menggalakkan generasi muda menceburi bidang seni dan budaya.
D. Memastikan warisan seni dan budaya tidak hilang dalam perkembangan
semasa.
Soalan 29 hingga soalan 34
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
Adik menangis tidak henti-henti. Sharifah mendodoikan adiknya dengan perasaan yang tidak keruan. Di luar rumah, langit kelabu dilindungi awan tebal .
Ibu masih belum pulang lagi. Sharifah risau sesuatu akan terjadi kepada ibu. Kesihatan ibu pula tidaklah sebaik mana- Ibu banyak berkorban untuk menyara mereka adik-beradik. Sebagai.anak pertama yang kurang upaya, dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu ibu.
Dia teringat, akibat kemiskinan mereka, demam panasnya tidak dapat diubati sehingga meragut penglihatannya. Namun dia bersyukur kerana masih mampu menjaga adik-adiknya.
Ketukan di pintu memeranjatkan Sharifah. Dia bimbang akan ada perkhabaran buruk yang akan didengarinya.
. "Ibu dah pulang "dia lega apabila mendengar suara ibunya, tempat mereka sekeluarga bergantung harap setelah ketiadaan ayah.
Soalan 29 – Aras Pengetahuan
29. Apakah yang dilakukan oleh Sharifah?
A. duduk di luar rumah.
B. mendodoikan adiknya.
C. melihat langit kelabu.
D. menangis tidak henti-henti.
Soalan 30 – Aras Kefahaman
30. Nyatakan kekurangan Sharifah?
A buta
B pekak
C bisu
D kudung
Soalan 31 – Aras Aplikasi
31. Apakah yang merisaukan Sharifah?
A Keadaan ibunya yang kurang sihat.
B Keadaan cuaca yang buruk.
C Adiknya menangis. -
D Keadaan dirinya yang kurang upaya.
Soalan 32 – Aras Analisis
32. Apakah kemungkinan yang akan berlaku di kampung Sharifah sekiranya hujan
turun dengan tidak berhenti-henti?
A Air sungai melimpah.
B Longkang besar tersumbat.
C Berlaku Tsunami
D Banjir kilat akan berlaku.
Soalan 33 – Aras Sintesis
33. Pada pendapat kamu, bantuan bentuk apakah yang paling sesuai diberikan
kepada Sharifah?
A. Mencarikan seseorang untuk membantu Sharifah menjaga adik-adiknya.
B. Membelikan Sharifah barang-barang berharga yang belum pernah dimilikinya.
C. Memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan Sharifah mendapatkan
rawatan pemulihan matanya.
D. Memberikan pekerjaan yang sesuai kepada ibunya supaya beliau dapat menyara anak-anaknya.
Soalan 34 – Aras Penilaian
34. Golongan orang kurang upaya wajar diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.
Berikan alasan kamu.
A. Mereka perlu sentiasa dibantu atas dasar perikemanusiaan dan tanggungjawab masyarakat,.
B. Mereka akan mati kelaparan sekiranyanya tidak dibantu dan masyarakat akan dipersalahkan..
C. Mereka insan yang lemah dan perlu diberikan perhatian khusus daripada pihak kerajaan dan masyarakat..
D. Mereka wajar dibantu supaya mereka dapat berdikari dan hidup seperti insan yang normal.yang lain.
Soalan 35 hingga soalan 40
Baca puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Ibu
Kau umpama matahari
Yang menyinari hidupku
Tanpamu aku pasti dalam kegelapan
Ibu
Dari kecil kau membesarkan ku
Dari bertatih, berjalan hingga boleh berlari kau tabah mendidik dan mengajarku
Hingga aku menjadi dewasa
Ibu
Kaulah ratu hidupku
Menjadi sumber ilhamku
Tatkala aku dalam kesusahan
Kau bantu diriku menyelesaikannya
Kau belai dengan penuh kasih sayang
Dan kau melayan kerenahku dengan penuh sabar hingga aku berjaya'
Menjadi insan yang berguna.
Aku berjanji
Akanku jaga dirimu ibu
Selagi nyawa dikandung badan
Soalan 35 – Aras Pengetahuan
Apakah maksud perkataan kerenah dalam petikan
A tingkah laku
B pertolongan
C kehendak
D masalah
Soalan 36 – Aras Kefahaman
Apakah jasa yang dibuat oleh ibu?
A Memberikan kesenangan kepada penulis.
B Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi penulis.
C Mendidik penulis hingga menjadi insan yang berguna.
D Melayan kerenah penulis dengan penuh kesabaran.
Soalan 37 – Aras Aplikasi
Mengapakah penulis berjanji akan menjaga ibunya hingga ke akhir hayat?
A Ibu telah membantunya menyelesaikan masalah.
B Ibu telah mengajar penulis bertatih, berjalan dan berlari.
C Ibu telah membesarkan dan mendidik penulis hingga berjaya.
D Ibu telah berjaya menarik hati penulis dengan sikap yang balk dan mulia.
Soalan 38 – Aras Analisis
Apakah yang dilakukan oleh ibu sekiranya penulis menghadapi kesusahan?
A Melayan kerenah penulis dengan sabar.
B Membelai penulis dengan penuh kasih sayang.
C Membantu penulis menyelesaikan masalah yang dihadapi.
D Menyokong apa juga tindakan yang dilakukan oleh penulis.
Soalan 39–Aras Sintesis
Apakah nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut ?
A Jujur
B Bijaksana
C Bertanggungjawab
D Berani
Soalan 40 – Aras Penilaian
40. Pada pendapat kamu, bagaimanakah perasaan penulis terhadap ibunya.
A. Penulis amat menghormati ibunya.
B. Penulis amat menyayangi ibunya.
C. Penulis akan menjaga ibunya.
D. Penulis gembira kerana mempunyai ibu.
6.0 SOALAN SUBJEKTIF
Soalan 1 – Aras Aplikasi
1. Pantun merupakan pusaka bangsa Melayu.
(a) Nyatakan tiga bentuk pantun dan berikan contoh bagi tiap-tiap bentuk.
(b) Tuliskan sebuah pantun berkait yang mengandungi dua rangkap.
Soalan 2 – Aras Analisis
2. Bina ayat yang mengandungi:
(i)Kata kerja aktif tak transitif
(ii)Kata kerja aktif transitif
Soalan 3 – Aras Sintesis
3. Beri dua contoh perkataan bahasa Melayu yang terkecuali daripada hukum
keselarasan vokal.
(i)
(ii)
Soalan 4 – Aras Penilaian
4.Membaca Kunci Kejayaan ". Cogan kata ini menunjukkan betapa pentingnya membaca. Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap suka membaca di kalangan pelajar hari ini.
7.0 REFLEKSI
NAMA : SAIBATULISLAMIAH BT DAUD
NO K/P : 690408085142
Pertama kali saya mendapat tugasan ini, hati saya mula tertanya-tanya adakah mampu saya menyiakan tugasan ini dengan sempurna atau tidak kerana telah mendapat banyak tugasan daripada subjek lain. Namun,itu semua tidak menjadi halangan kepada saya untuk menyelesaikannya dengan jayanya.
Syukur kepada Allah kerana telah memberi kekuatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kali ini biarpun kesuntukan masa.Tugasan kali ini mengenai aras-aras taksinomi Bloom. Terdapat enam aras kesukaran yang telah dijadualkan dan saya diminta untuk membuat soalan berdasarkan aras-aras tersebut. Saya juga diminta membuat jadual spesifikasi ujian. Saya telah membuat rujukan daripada pelbagai sumber. Saya mencari aras-aras taksinomi bloom daripada internet dan juga blog-blog. Saya juga mendapatkan bahan daripada pusat sumber dan daripada buku-buku. Saya juga membuat salinan kepada nota-nota yang berkaitan taksinom Kawan-kawan juga memberi rujukan seperti buku-buku dan nota-nota yang diberikan pesyarah. .
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberikan bantuan dan sokongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan kali ini. Mereka telah memberi beberapa contoh laman web yang sesuai untuk di akses. Mereka juga sudi meminjamkan bahan-bahan rujukan seperti buku nota, artikel dan lain-lain. Saya juga telah mendapat banyak pengalaman baru apabila ditugaskan untuk membuat blog. Perasaan gembira mula timbul apabila kami dapat saling mengunjungi blog kawan-kawan.
Di sini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Cik Hajah Nur Azah bt Ahmad kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam proses menyiapkan tugasan ini.Harapan saya, beliau berpuas-hati dengan hasil tugasan saya yang tidak seberapa ini.
8.0
No comments:
Post a Comment